Maravilloso


THE OWNER

nis pia. 17. keke let's find me @AnisSofia_


Archieve


SAY IT OUT


pavlova
Sunday, June 8 • 4:32 AM • 0 comment{s}
Bismillahirrahmanirrahim.
Salam 'alaik.


Wah wah gambo pun dah nampak sodap apa tah lagi rasa dia kan. Kehkeh ha macam ni cerita dia last Wednesday mak ndak, pak ndak dan konco konco nya, auni, kak widaad, angah dan kak mimi turun alor setar. Ye la ofcourse la excited-rasa-macam-berada-di-sorga ok tu tipu tapi excited tu memang dah la. Mereka mereka tu duduk di rumah dengan kebosanan tiba tiba kak widaad asked me "anis telur ada banyak tak" "ada kak, kenapa?" "nak buat pavlova la"

Weee gumbira hati tak terkata, ada geng ah nak buat pavlova. Selama ni duk day dreaming je nak buat pavlova la macaron la red velvet la tapiii tak pernah buat konon konon alasan sebab tak ada geng. Cewah ye la bak kata pepatah "nak seribu daya tak nak seribu dalih" kan sebab tu sampai ke sudah tak pernah buat. Hihihi.

Nak dijadikan cerita tetiba petang tu abang kedua kepada kak widaad ni tanya "anis kat sini mana farmasi paling dekat" sebab isteri dia, kak mimi nak beli ubat maklumla preggie mum hehehe and i replied "ada tu dekat mny depan sekolah anis sama row dengan peladang mart dekat je dengan restoran mama. mny tu warna biru kuning. farmasi tu selang 2, 3 buah kedai dari mny" angah was like "ha ok T___________T" waka waka ey ey bagi instruction dekat orang jauh dari melaka pastu expect they would understands it, memang jawapan dia no la.

Disebabkan angah tak tau di mana, angah asked me to follow him. Alaaaa orang nak buat pavlova alaaaaa antara sebab tak boleh nak tolong satu sebab ada preggie mum satu lagi sebab angah ajak tengok x-men. Ewah ewah susah beno nak menolak. Jadi ikutla aku dgn auni bersama mereka. Tinggala kak widaad membaking sorang sorang.


The next 2 days tu terus ajak kak widaad buat pavlova balik sebab aku tak dapat buat haritu and the answer is "yes jom" *peluk kak widaad sekuat yang boleh bagai ibu sedang memeluk anak yang baru lahir" wiwiwi gembira weh. So mari membaking.

Pavlova ni mula tengok macam ala susahnya tak best la nak buat menyusahkan je. Tapi bila dah buat respond korang mesti macam "ek eleh kacang goreng je pun nak buka kedai pun boleh macam ni" kahkah serious weh senang sangat. Ok nak bagi bahan dia je.

Bahan;
  1. 4 putih telur (kuning telur asingkan jangan sesekali masukkan nanti tak jadi)
  2. 1 sudu teh esen vanila
  3. whipped cream (yang kotak boleh, yang mcm spray pon boleh)
  4. 1 sudu besar tepung jagung
  5. 1 cawan gula kastor 
  6. 1 sudu teh cuka
  7. buah buahan (kiwi, strawberry, grape. jangan letak durian pula hm)

Ok bahan dah sedia, it's time for baking. Oyes.

Kita mulakan dengan meringue dulu. Preheat oven 150 degree/15 mins. (pastikan peralatan tak ada habuk/air etc)
  1. Pukul 4 biji putih telur tadi sampai kembang. Kembang tu macam dah ada keluar buih buih. Guna stand/hand mixer boleh dan jangan buka slow mixer tu takut tak menjadi.
  2. Lepastu baru masukkan gula kastor, tapi eh eh jangan gelojoh ye. Tuang sikit demi sedikit.  Jangan stop kan pula mixer tu, sambil masukkan gula tu pukul adunan tu. Masuk, pukuull, masuk pukull lagi.
  3. Bila dah sebati betul dia akan jadi putih suci berkilat tu, rasa tak confident ambik bekas tu terbalikkan dia. Kalau tak jatuh ha maksudnya ok. Kalau terjatuh tu em try again later. Kuikui tak tak kena pukul lagi la ye. 
  4. Sekarang baru masukkan tepung jagung, esen vanilla. Kacau guna spatula, spatula size medium.
  5. Sediakan baking paper/kertas minyak letak dekat atas bekas yang dibake. Kalau nak buat mini pavlova guna cupcake punya bekas pun ok gak.
  6. Bakar selama 140 degree/1jam - 1jam 15 minit.
  7. Dah siap meringue tu dah bakar dah kan? Kita mulak mencomotkan meringue tu dengan whipping cream.
  8. Kalau whipping cream kotak cuma pukul je sampai kembang then terus ambik spatula daaaaaan sapu meringue tu.
  9. Boleh dah nak hias dengan buah buahan tu!
  10. And now, it's time to eat that pavlova! Good job! 


Post a Comment

Words-makes-you-fresh!